ALIBI – DRAMA BERSIRI PENUH AKSI BAKAL MENGGEGARKAN KACA TELEVISYEN ANDA

KUCHING, 23 DISEMBER 2021 – Alibi ialah sebuah drama bersiri tempatan penuh dengan aksi yang akan menggegarkan kaca televisyen anda bermula pada 20 Disember 2021 ini. Diterbitkan oleh Syaz Petra Sdn Bhd, sebuah syarikat produksi tempatan, drama bersiri ini mengisahkan tentang siasatan yang dijalankan untuk merungkai misteri di sebalik kes pembunuhan seorang ahli perniagaan, dikenali sebagai Dato Tahir. 

 

Melalui tragedi ini, konflik bermula dari hubungan Amar dengan bapanya, Dato Tahir menjadi renggang kerana Amar yakin bahawa kematian ibunya, Datin Mardiah bukan disebabkan oleh serangan jantung. Pertelingkahan antara mereka semakin meruncing setelah Dato Tahir mengambil keputusan untuk menikahi seorang gadis muda bernama Camelia meskipun Datin Mardiah baru sahaja meninggal dunia 3 bulan yang lalu. Dato Tahir dibunuh pada malam pernikahannya dan Amar disyaki sebagai suspek utama berdasarkan bukti yang diperolehi dari forensik di lokasi kejadian jenayah. Pada masa yang sama, Amar juga terlibat dalam sebuah kemalangan bersama seorang individu yang tidak dikenali.  Amar kemudiannya tidak dapat mengesahkan alibinya kerana individu terbabit gagal dikesan. Dibintangi oleh pelakon kelahiran Sarawak, barisan pelakon yang menjayakan produksi drama bersiri ini termasuk Azam Pit, Ir Radzi, Arabyrd, Sharifah Elya, Kahar Jini dan ramai lagi. 

 

Nora’Imi Dollah, juga penerbit kepada drama aksi bersiri ini berkata, pihaknya sangat menghargai kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh Sarawak Media Group (SMG) dan stesen TVS kepada bakat dan penerbitan tempatan untuk berkarya menerusi penghasilan drama berkenaan. Kata beliau juga, “Kami optimis untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti pada masa hadapan sekaligus membuktikan kemampuan pelakon-pelakon yang terdiri daripada anak jati Sarawak membawakan watak masing – masing dengan berkesan,”.

 

Nantikan jawapan daripada misteri kematian Dato Tahir dan berbagai lagi konflik yang akan dirungkai hanya dalam Alibi pada 20 Disember 2021, setiap Isnin dan Selasa pada 7.15 pm hanya di TVS, Astro saluran 122 dan MYTV!

Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor. Praesent commodo cursus magne, vel scelerisque nisl consectetur et

Share to:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on email
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published.