SAKSIKAN PROGRAM TERBARU DI TVS ‘KAYOH KAYO WEEKEND’

KUCHING, 17 Februari 2022 – TVS mempersembahkan program terbaru berjudul ‘Kayoh Kayo Weekend’ yang memaparkan aktiviti menarik dan menampilkan pasukan-pasukan berbasikal yang berada di Kuching dan akan mengikuti mereka ‘berkayoh’ bersama di sekitar bandaraya Kuching. 

Program Kayoh Kayo Weekend ini yang menampilkan pengacara TVS Jessica Chung, selama 30 minit akan memberi gambaran aktiviti para penunggang berbasikal bersama wakil atau ketua pasukan basikal mereka. Antara topik yang menarik bakal dipaparkan adalah berkaitan dengan aspek penggunaan berbasikal yang selamat mengikuti panduan yang betul, sebagai contoh cara pemakaian helmet dan tanda amaran menggunakan tangan. 

Jessica Chung akan menemu bual mereka berkaitan pasukan basikal mereka, prestasi mereka, tempat yang sering mereka mengunjungi bila berbasikal dan sebagainya. Selain itu, sepanjang perjalanan mereka apabila berbasikal, akan ada keindahan pemandangan yang turut digambarkan dalam program ini seperti kawasan Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre dan Sungai Cina. Pasukan berbasikal akan singgah sebentar di tempat yang menarik bagi menghayati pemandangan indah di setiap lokasi yang dikunjungi. 

Menurut pengacara TVS Jessica Chung, ‘‘Bagi saya ini pengalaman baru kerana ini mereupakan kali pertama saya berbasikal dengan kumpulan berbasikal. Pengalaman yang sangat seronok dan salah satu aktiviti sihat sambil beriadah menikmati pemandangan di negeri Ini.”

Pada penghujung rancangan ini, Jessica Chung dan pasukan berbasikal akan singgah di gerai makanan yang berada di tepi jalan untuk menjamu minuman dan mengulas semula pengalaman masing-masing untuk menutup tirai program ini sebagai tanda penghargaan buat semua team berbasikal yang telah di temu ramal oleh Jessica Chung. 

Saksikanlah program ‘Kayoh Kayo Weekend’ bermula Jumaat 18 Februari 2022 pada pukul 6:30 petang dan siaran ulangan pada hari Ahad 11:30 pagi hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV!

Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor. Praesent commodo cursus magne, vel scelerisque nisl consectetur et

Share to:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on email
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published.