#SARAWAKDECIDES – Demi Masa Depan Sarawak, Jom Pergi Mengundi!

KUCHING, 17 DISEMBER 2021 – TVS turut sama menyahut seruan kerajaan negeri Sarawak dalam menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk pergi mengundi bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu, 18 Disember 2021.  

 

Secara keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 buah dengan 3,666 tempat saluran mengundi dan seramai 46,565 petugas dilantik untuk mengendalikan PRN Ke-12 Sarawak ini di 1,866 pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 saluran mengundi dan 85 pusat mengundi awal. 

 

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, “Tempoh berkempen ditetapkan 12 hari bermula selepas pengisytiharaan calon yang bertanding sehingga pukul 11.59 malam pada 17 Disember,”. Selepas SPR menerima pemakluman rasmi pembatalan darurat oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 4 November lalu, PRN Ke-12 Sarawak perlu diadakan dan disasarkan 70 peratus pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

 

Semua rakyat Sarawak memainkan peranan penting dalam menentukan masa hadapan negeri tercinta tidak mengira umur, jantina, bangsa dan agama. Tonton “#SarawakDecides | PSA Jom Turun Mengundi | TVS” di https://fb.watch/9WNRLn1gOn/ dan tunaikan tanggungjawab dan hak sebagai rakyat Sarawak pada hari mengundi nanti. 

 

Tontoni rancangan ‘Sarawak Decides’ di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV untuk maklumat terkini PRN Ke-12.

Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor. Praesent commodo cursus magne, vel scelerisque nisl consectetur et

Share to:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on email
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *