Teater Muzikal Irama & Lagu Hargai Jasa P.Ramlee Dalam Industri Kreatif Tanah Air

KUCHING, 5 Oktober 2021 – TVS dan Unit Protokol dan Pengurusan Acara Negeri (UPPAN) julung-julung kalinya mengadakan Teater Muzikal Irama & Lagu dengan tema P. Ramlee bersempena dengan ulang tahun kelahiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang ke-85.


Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee merupakan seorang seniman tanah air yang amat dihormati di atas sumbangan beliau yang amat besar dalam perkembangan industri muzik dan perfileman tanah air. Beliau juga merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu popular dan tidak hanya dikenali di seluruh Malaysia, tetapi juga di negara Asia lain, termasuk Indonesia, Brunei dan Jepun malah sehingga ke Eropah.


Teater muzikal ini bakal dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg bersama YABhg. Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, Menteri Utiliti Sarawak merangkap Pengerusi Sambutan Hari Lahir TYT pada tahun ini, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom bersama YBhg. Datin Sri Loreta Lundi, dan Pengerusi Sarawak Media Group, YBhg. Dato’ Hajjah Norhyati Haji Mohd Ismail.


Acara utama pada malam tersebut adalah ‘Kisah Aku dan Dia’ yang menampilkan persembahan daripada Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Fairuz Misran dan penyanyi-penyanyi daripada bumi kenyalang dengan diiringi Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS). Butiran lanjut akan dikongsikan oleh Encik Jamal atau Yume selaku penerbit bagi teater muzikal ini.


Tontoni siaran langsung Teater Muzikal Irama & Lagu pada 10 Oktober 2021, Ahad bermula pukul 8.45 malam hingga 10.15 malam secara eksklusif di TVS saluran 122 Astro dan MYTV, dan juga serentak di Facebook TVS dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor. Praesent commodo cursus magne, vel scelerisque nisl consectetur et

Share to:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on email
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published.