KUCHING, 20 Februari 2022 – Untuk pertama kali nya, TVS akan menyiarkan rancangan berbentuk majalah terbaru berjudul ‘Hobi Kamek’ yang akan menemui di kaca TV anda bermulai hari Selasa 22 Februari 2022.
Rancangan ini dihoskan oleh influencer Iqbal Harun, di mana pelbagai jenis hobi akan dipaparkan bersama-sama dengan para pakar yang arif dan berpengalaman untuk memupuk minat serta memberi pengetahuan kepada para penggemar, samada sebagai seorang pemula mahupun penggemar profesional.
Antara hobi-hobi yang akan dipaparkan dalam setiap 13 episod rancangan ini ialah berbasikal, bowling, menari, memanah, mendaki, Virtual Reality dan banyak lagi.
Saksikan Hobi Kamek bermula 22 Februari 2022, bersiaran pada pukul 7:15 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV!

Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor. Praesent commodo cursus magne, vel scelerisque nisl consectetur et