TVS PERKENAL RANCANGAN BARU ‘SINE SITI MAKAN’

KUCHING, 1 Mac 2022 – Untuk pertama kali nya, TVS akan menyiarkan rancangan berbentuk majalah terbaru berjudul ‘Sine Siti Makan’ yang akan menemui di kaca TV anda bermulai hari Selasa 1 Mac 2022.  

Rancangan ini dihoskan oleh personality TVS, Siti Zawawi di mana pelbagai jenis makanan akan dipaparkan di gerai-gerai makanan sambil menjelajah tempat-tempat menarik di seluruh negeri Sarawak. 

Program ‘Sine Siti Makan’ yang memaparkan 26 episode selama 15 minit ini akan membawa anda menjamu selera di sekitar Kuching, Samarahan, Sibu, Mukah dan sebagainya. Siti Zawawi akan membincangkan makanan-makanan tersebut dan memberikan gambaran atau ‘review’ makanan tersebut untuk penonton di rumah. 

Siti Zawawi pula akan menemu ramah perniaga atau chef yang menyajikan makanan tersebut. Selesai sudah merasa makanan-makanan menarik yang telah disajikan, Siti Zawawi akan menghadiahkan sticker ‘Sine Siti Makan’ kepada pengusaha kedai makanan sebagai penutup tirai program tersebut. 

Saksikanlah Sine Siti Makan bermula pada 1 Mac 2022, setiap hari selasa, bersiaran pada pukul 6:15 petang hanya di TVS saluran 122 Astro dan myFreeview. 

Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor. Praesent commodo cursus magne, vel scelerisque nisl consectetur et

Share to:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on email
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published.