KUCHING, 1 Mac 2022 – TVS Soundtraxx adalah sebuah rancangan mingguan di mana setiap episod akan memaparkan lagu ciptaan tersendiri daripada penerbit-penerbit muzik Sarawak. Tujuan rancangan ini adalah untuk memperkembangkan industri muzik Sarawak melalui galakkan penciptaan lagu-lagu baru di setiap episode.
Sebuah visi dan misi oleh Ketua Pengarah Eksekutif Sarawak Media Group, Encik Suhaimi Sulaiman dan usaha penerbit rancangan JayC Ho bersama Ketua Unit Muzik TVS Galvin Patrick, rancangan ini berharap untuk melahirkan lagi penerbit-penerbit muzik kelahiran anak Sarawak.
Musim pertama TVS Soundtraxx ini akan memberi tumpuan kepada penerbit-penerbit muzik TVS dalam menghasilkan lagu-lagu original dan seterusnya akan memberi peluang kepada penerbit-penerbit muzik bebas pada musim yang akan datang.
TVS Soundtraxx juga akan memperkenalkan barisan penyanyi dan personaliti TVS iaitu Iman, Wani, Alia Tenor, JayC Ho, Thoruss dan ramai lagi barisan penyanyi baru dan terkenal akan muncul dalam rancangan ini.
Menerusi rancangan ini, TVS Soundtraxx berharap dapat memgembangkan lagi promosi untuk bekerjasama dengan stesen-stesen Radio tempatan untuk memberi pendedahan kepada pendengar tegar muzik supaya dapat menyumbang kepada perkembangan industri muzik hasil keluaran anak Sarawak.
Saksikanlah TVS Soundtraxx bermula pada 6 Mac 2022, setiap hari Ahad, bersiaran pada pukul 8:45 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan myFreeview.

Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor. Praesent commodo cursus magne, vel scelerisque nisl consectetur et